Tatakelakuan
Akaun yang Dibeli Bukan Milik Anda


Penjualan akaun
Penjualan akaun melibatkan pengiklanan akaun permainan bertahap tinggi dan mengumpan pemain yang ingin sekali maju dengan janji yang menarik namun tidak realistik.
Menjual, membeli, berkongsi atau memberikan akaun permainan kepada pemain lain melanggar Terma Perkhidmatan kami dan tidak disokong Supercell.
Risiko Akaun Yang Dibeli
Risiko yang melingkungi akaun yang dibeli termasuk:
Penjual mungkin mengambil wang anda dan tidak memberikan anda akses kepada akaun itu.
Anda tidak pasti sama ada penjual akan terus mengakses dan menggunakan akaun itu.
Mereka mungkin menjual akaun yang sama kepada beberapa orang.
Status akaun tidak diketahui; mungkin bakal dikenakan penyekatan kekal.
Akaun tersebut tidak akan dilindungi. Supercell tidak memberikan sokongan kepada akaun yang dijual/ dibeli.
Jika anda memilih untuk membelanjakan wang pada akaun itu, ia masih dalam risiko ditutup secara kekal disebabkan pelanggaran Terma Perkhidmatan kami