Mengambil Tindakan
Melaporkan Kelakuan yang Menimbulkan Gangguan


Melaporkan mesej bual dan nama pemain yang menimbulkan gangguan
Anda boleh melaporkan mesej bual yang menimbulkan gangguan dalam semua permainan kami. Ketik saja mesej bual itu dan ketik ‘Lapor’.
Dalam sesetengah permainan kami, anda juga boleh melaporkan nama pemain yang tidak menyenangkan. Ini boleh dilakukan dengan pergi ke profil pemain, mengetik nama pemain yang tidak menyenangkan itu dan kemudian, ketik ‘Lapor’.
Terima kasih kerana membantu kami memastikan permainan Supercell selamat dan adil!
Cara kami mengendalikan laporan
Menggunakan butang lapor tidak akan mengenakan penalti akaun secara automatik kepada pemain yang dilaporkan. Namun, setiap laporan akan diambil serius. Setiap laporan disemak secara manual oleh moderator kami. Disebabkan bilangan laporan yang kami terima, kami akan memerlukan masa sehingga 72 jam untuk menyemak sesetengah laporan.
Jangan menyalahgunakan kuasa untuk melaporkan pemain lain. Lagi banyak laporan palsu yang kami terima, kami akan mengambil masa lagi lama untuk menyelesaikan isu yang penting.
Akaun anda sendiri mungkin dikenakan hukuman jika anda membuat laporan palsu hanya untuk membuat akaun pemain lain dikenakan hukuman! Menyalahgunakan butang melapor juga boleh menyebabkan sesebuah akaun itu dikenakan penalti.
Gangguan lain
Jika anda ingin melaporkan kelakuan menimbulkan gangguan yang tidak dapat dilaporkan dengan butang, anda boleh menghubungi kami melalui Bantuan dan Sokongan dengan tangkapan skrin dan beberapa butiran tentang perkara yang berlaku.